Sunday, 10 February 2013

Tutorial : Download Lagu Dari Youtube Semudah ABC !

 

Assalamualaikum…

 

Apa khabar semua? Harap korang semua sihat2 belaka ye. Baiklah kali ni aku nak share benda yang menarik sikit iaitu macam mana nak download lagu dari youtube dengan sangat mudah. Tak perlu download apa2 software pun. Mesti ada yang tertanya – tanya :

 

“Eh biar betul dapat download lagu dari youtube? Setahu aku youtube tu untuk video aje!”

Haaa aku mula2 dulu pun fikir macam tu. Sebenarnya aku dah lama tahu tentang benda ni, sejak tahun lepas lagi, tapi saja je nak berahsia dengan korang. Ececehhh kejam dok aku? Hahahaha.

 

Okay pastinya korang dah tak sabar sangat nak tahu macam mana caranya kan? Nahhh sini aku ajar korang.

 

1. Buka laman YouTube. Lepas tu, sila pergi dekat lagu yang korang nak. Dah tu, copy dia punya link yang dekat atas tu. Eh tak faham? Rujuk gambo bawah ni :

 

2

Okay, dah faham? Apa yang korang perlu buat ialah copy semua link seperti yang aku petakkan di atas.

 

2. Dah copy link tadi? Bagus. Sekarang sila klik sini : KLIK ! KLIK !

3. Dah tu akan keluar satu benda macam ni :

 

1

Apa yang korang perlu buat ialah paste link yang korang ambil tadi pada kotak seperti yang aku merahkan di atas.

 

4. Lepas paste, korang tekan “Convert Video” ye. Lepas tu dia akan keluar macam ni :

 

3

So tunggu apa lagi? Tekanlah butang download tu! Hahaha.

 

Itu saja caranya sebenarnya. Tapi diperingatkan yang tak semua lagu boleh di convert BUAT MASA INI sebagai contoh di bawah :

 

4

Sebab tu lah kalau korang perasan pada step 1 tadi aku copy link lagu AdaMu dari Najwa Latif. Tapi tetiba pulak dekat step 4 korang nampak jadi Cinta Muka Buku. Hahaha. Itu bukanlah magik ye. Sebab lagu AdaMu tak dapat convert, so aku tukar kepada Cinta Muka Buku baru boleh download. Haaa gitu.

 

Benda ni terjadi sejak berapa bulan lepas tak silap aku. Dulu okay je kalau nak download apa2 lagu pun takde masalah. Tapi sekarang lain pulak ceritanya, kita seolah-olah dihadkan untuk download lagu apa yang kita nak. Not sounds good right? Hahaha. Listen sini.. Pasti korang nak supaya korang boleh download semua lagu kan? Okay sila ikut cara ni dulu :

 

1. Korang pergi ke link Youtube MP3. Lepas tu cuba paste apa2 link yang tak boleh di download. So dia akan keluar macam ni :

 

4

Apa yang korang perlu buat ialah klik pada perkataan “Support third party recording tools for Youtube” tu. Lepas tu akan keluar satu tab macam ni :

 

5

Baiklah, pihak Youtube MP3 ni memerlukan sokongan daripada korang iaitu sebanyak 5 juta sokongan diperlukan supaya semua lagu boleh di download tanpa had. Korang boleh tengok pada gambar di atas jumlah yang telah menyokong iaitu sebanyak 4, 342, 113 orang.

 

Manakala, jumlah sokongan yang masih diperlukan lagi iaitu sebanyak 157,887 je lagi. Tengok? Sikit lagi kan? Haaa bila dah cecah 5 juta nanti insyaAllah dah boleh dah download apa2 lagu yang korang nak. So sekarang apakata kita sama2 sokong? Untuk kesenangan kita jugak kan.. Tak payahlah susah payah nak cari lagu kat 4shared yang kadang2 susah nak cari.

 

So untuk mengundi korang perlu isi form2 yang kosong macam gambar kat atas tadi. So akhir sekali bila dah isi nama, dan maklumat lain, barulah korang klik :

 

sign!

Selesai !! So sekarang kita perlu tunggu sehingga jumlah tersebut mencapai angka 5 juta. Tunggu je lah, kena selalu cek. Ehemmm agak panjang entry aku kali ni ye. Sebenarnya tak wajib pun untuk korang undi. Just untuk kesenangan semua pihak je, hehehe.. Itu saja untuk kali ni. Penat dah jari jemari menaip. Kbai

 

 

 

Thanksssss !



6 orang pun suka bercerita:

Nurul Aini said...

Ohh..kalau saya selalu guna adds on je..lagi senang..hehe.

Nabeel Fikree said...

@Nurul Aini a'ah saya pun guna addons jugak. Tapi addon tu tak support google chrome. Kat browser lain je boleh. Tak tau knp..

emmeraz said...

EA pun selalu download guna cara yang sama tapi sekarang nie dah x lagi...

Nabeel Fikree said...

@emmeraz oh yekeee? Kebetulan pulak kan. Haha

Cik SD :) said...

better guna yang ni lagi. lagi senang cepat . terima kasih :)

Cik SD :) said...

Better guna yang ni lagi. lagi cepat senang. thankyou :)