Tuesday, 5 March 2013

RESEPI : Kek Lapis Cheese Sedap Gila

Assalamualaikum .!
HELO peeps :)


Macam yang korang baca pada tajuk entry ni , kali ni aku nak share resepi kek lapis cheese paling sedap di dunia ! Yes aku tak tipu . Sila mengaku jujur siapa kat sini suka dengan cheese ? Maksud aku hantu cheese ? Pantang dia jumpa cheese , nak makan semua . Siapa ? Siapa ? Ada tak ? Hahaha . Kita satu kepala !!


Untuk pengetahuan korang, resepi ni sangat simple , dan kalau nak beli bahan2nya pun cuma RM40 ke bawah . Aku boleh jamin takkan lebih dari RM40 punya . Dan apa yang istimewanya pasal kek ni ialah bahan2 yang sikit , rasa yang sangat sedap dan cara yang mudah untuk membuatnya . Kenapa aku kata senang ? Sebab apa kek ni tak perlu nak bake pun ! Haaa jimat gas kat rumah ko . Hahaha

Okay dah sedia untuk belajar memasak dengan aku ?? Bagus ! Let's goooo ~ *bajet cikgu memasak



Okay , ni saja bahan2nya. Simple dok? Sangat simple!

1 Tin rendah susu cap junjung (boleh adjust kemanisan ikut suka hati korang. kalau nak kurang manis, guna setengah tin je ok?)
1 Tin/kotak kecil nestle cream (macam mana rupa dia? rujuk je gambar kat atas senang)
1 Kotak fresh milk dutch lady (tak pakai habis pon fresh milk ni. pakai sikit je. lebihnya nanti korang boleh minum)
3 bungkus roti saltcheese (roti ni aku tak tahu kalau kat semenanjung ada. kat miri sarawak banyak! korang boleh ganti kot dengan roti jenama lain. aku dengar, ada orang pakai roti biskut marie pun sedap jugak! cubalah ye. )
Tatura Cream Cheese (Seperti gambar di bawah)




Cara nak buat pulak :



1. Masukkan tatura cream cheese , susu manis dan nestle cream ke dalam mangkuk pengadun .



2. Putar ketiga2 bahan tadi sehingga sebati .



3. Yeah ! Sudah pun sebati . Sekarang korang tuang sikit Dutchlady Fresh Milk ke dalam mangkuk . Lepas tu , ambil roti saltcheese , celup roti saltcheese ke dalam susu fresh milk , barulah di susun ke dalam loyang/acuan .


4. Okay , lepas korang susun roti saltcheese , korang lapis dengan adunan cheese tadi di atas roti saltcheese . Lepas dah habis lapis guna cheese , korang ulang lagi langkah nombor 3 iaitu susun roti saltcheese tu balik . Cisss ! Asyik ter"cis.. ciss" je aku dalam entry ni ye .


5. Okay , bila dah habis melapis , korang tutup acuan korang dengan aluminium foil . Lepas tu letak dalam peti sejuk semalaman supaya kek korang jadi keras . So hasilnya akan jadi macam ni :







Slrppp ! Sedap gila . Aku baru je habis makan kek cheese ni dengan kek horlick hitam . Kek horlick hitam tu pun senang jugak nak buat , bahan pun sikit je , dan rasa memang sedap !!


Selamat mencuba !








39 orang pun suka bercerita:

Hanida Moss said...

arghhhhh sedap gile cheese! nak buat jugak ni! :D

Aina Sofea said...

Waa ,, menarik tu ! biskot saltcheese tu , tk jumpa lak kat semenanjung :3 kek horlick hitam tuh bila nak kasi resepi ??? :p

Nabeel Fikree said...

@Hanida Moss buatlah dan konfem ketagih pastu. Hehe :p

Nabeel Fikree said...

@Aina Sofea kek horlick hitam tu inshaallah kalau ada masa ye ! hehe

Fakhruru said...

perghhh!! sdap giler nmpk!! kna cuba nie!! AWESOME!

♥ CIKZEK ♥ said...

nk yg hitam tuuu !! huhuhu

Sally Yatiey said...

Pernah makan kek cheese jenis ni.. Tak pernah buat lagi.. Sangat sedappppp rasanya ^_^

Nurul Aini said...

Wahh..sedapnya..akak nak makan kek lapis sarawak..hehe. nak copy ye. Ada masa, balik rumah boleh buat. Terima kasih share..Pandai adik buat ye..bagus2. ^__^

Nabeel Fikree said...

@Fakhruru cubalah sendiri kehebatannya! Hehe :D

Nabeel Fikree said...

@♥ CIKZEK ♥ nak ke? Ambik je :p

Nabeel Fikree said...

@Sally Yatiey oh yeke? Kan? Manyak sedap ooo~

Nabeel Fikree said...

@Nurul Aini copy je akak. Nanti bila dah buat, share dekat blog ye! Hehe. Bukan sy buat sebenarnya, mak yg buat. Sy tukang ambik gambo aje :p

My Little Diary said...

wahhh....sodapnya....
sy suka makan jer... :p

Nabeel Fikree said...

@My Little Diary hahaha. Samalah :)

Iha Zaliza said...

ha'ah selalunya guna biskut marie je.. err, perut berbunyi lagu dangdut la pulak.. :P

nini said...

aish...macam sedap gile je...geram plak tengok gambar dia....

nurasyikin said...

Kalau x ttup dgn aluminium foil 2 leh x?

nurasyikin said...

Kalau x ttup dgn aluminium foil 2 leh x?

nurasyikin said...

Kalau x ttup dgn aluminium foil bleh x?

Nabeel Fikree said...

@Iha Zaliza kahkahkah. Berkeroncong je perut kan. :p

Nabeel Fikree said...

@nini memang realiti sedap pun. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri lah ye, hehehe

Nabeel Fikree said...

@nurasyikin ye boleh :)

nadzirah zoulkepli said...

boleh x bagi sukatan yg tepat mcm mana nak buat? hehe

jang Cute said...

Mn nk cri roti saltcheese???????kl ni ada x?

jang Cute said...

Mn nk cri roti saltcheese???????kl ni ada x?

jang Cute said...

Mn nk cri roti saltcheese???????kl ni ada x?

Nabeel Fikree said...

@jang Cute tak pasti lah kak. cuba replace guna roti lain =) roti marie pun boleh. tapi rasa takkan sama la~

jang Cute said...

Akak da try bskut marie...tp bg akak xngam kot ngan selera akak..hehhe...hri tu try ngan bskut cheese biasa...sdp giler...tp trgin nk try bskut yg sbjik dlm gbr tu...klu akak bank in duit n nt adik tlg posk bleh x

jang Cute said...

Akak nk tnya klu akak bank in duit..tlg blikn roti tu bleh x?

jang Cute said...

Akak da try bskut marie...tp bg akak xngam kot ngan selera akak..hehhe...hri tu try ngan bskut cheese biasa...sdp giler...tp trgin nk try bskut yg sbjik dlm gbr tu...klu akak bank in duit n nt adik tlg posk bleh x

Rabiatul Adawiyah Sharaieokonkwo said...

nak resipi kek horlick blh x? trma ksh

Tomomi Swifter said...

Salam.. kek neh xde bakar or kukus ke?

juvia balarek said...

Klau xde nestle cream masih dapat or x?

juvia balarek said...

Klau xde nestle cream still dpt buat or x?baru try2 nak buat cake

Nabeel Fikree said...

Juvia Balarek: tak dapat. Nestle cream kena ada :)

juvia balarek said...

Orite..thanks

Meqka Villa said...

Sapa nk biskut saltcheese blh bli dri sy...sy bli dri srwak bnyak...rm3.50 sebungkus...0193991902-hamka bangi

Meqka Villa said...

Nk biskut saltcheese hubungi hamka bangi 019-3991902 rm3.50 sebungkus

Meqka Villa said...

Nk biskut saltcheese hubungi hamka bangi 019-3991902 rm3.50 sebungkus